Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, March 12, 2010

Pendapatan Nuffnang


Haha rasa macam tak percaya pula bila aku tengok akaun nuffnang aku pagi tadi. Aku ingatkan still kosong, tapi rupa-rupanya sudah bertambah. Sebagai seorang blogger yang tak tegar macam aku ini, jumlah yang aku dapat bolehlah untuk aku banggakan. Tak percaya? Tengok gambar bawah ini.


Haha best tak? Mesti korang cakap tak best sebab seringgit je kan. Tapi pada aku ok la tu, aku pun bukan pro sangat macam certain blogger tu. So kalau korang rasa blog aku ini layak untuk ditambah pendapatannya, apa lagi silalah klik iklan-iklan nuffnang dalam blog ini ye...hehe tak malu betul. Aku sasarkan nak jugalah dapat RM50 tu dalam tahun ini juga. Boleh ke????

[Klik sini untuk terus membaca...]

Saturday, November 7, 2009

Keputusan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2009: Kelantan vs Negeri Sembilan

Seperti sudah diketahui umum, malam tadi telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak untuk Piala Malaysia bagi tahun 2009. Pasukan yang telah berjaya memasuki peringkat ini adalah Kelantan dan Negeri Sembilan.



Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua belah lawan akhirnya tamat dan piala kejuaraan telah jatuh kepada Negeri Sembilan.




Perlawanan ini menyaksikan Kelantan telah kecundang kepada Negeri Sembilan dengan gol sebanyak 3-1. Namun dalam kemeriahan penonton menyaksikan perlawanan ini, terdapat beberapa aksi yang bodoh lagi jahil yang dilakukan oleh beberapa kerat penyokong. Bukan setakat botol dan mercun sahaja yang dibaling, malah lebih teruk mereka telah membakar kerusi di stadium.





Aku amat berharap perkara-perkara seperti ini tak berlaku di Malaysia, tapi hakikatnya berlaku juga. Sepatutnya penyokong perlu menjadi penyokong yang profesional seperti mana mereka mengharapkan pemain mereka menjadi profesional. Ini sampai bakar kerusi ini, apa kes, kalah main judi apa.

Apa-apa pun syabas kepada kedua-dua pasukan yang bertanding.

[Klik sini untuk terus membaca...]
Related Posts with Thumbnails